Ahad, 11 Disember 2011

Kem Jati Diri Muslim 1433H

Kem Jati Diri Muslim 1433H


Borang Pendaftaran
KEM JATI DIRI MUSLIM 1433H
27-29 MUHARRAM 1433H/23-25 DISEMBER 2011
PUSAT TARBIYAH RAUDHOTUL `ILMI, KG. SG. SELUANG (A), 09600 LUNAS, KEDAH
( Remaja Lelaki/Perempuan Umur 13TH – 17TH )
Pastikan maklumat yang diisi lengkap dan tepat dengan huruf besar.
Nama Bapa/ Ibu/Penjaga           :______________________________________________________________________
No. KP Bapa/ Ibu/Penjaga          :______________________________________________________________________
Alamat Rumah : _______________________________________________________________________________________
                                  _____________________________________________________________________________________
No. Telefon        : ____________________________  E-mail  : ________________________________________________
Nama Anak Yang Ingin Didaftar :
Bil
Nama Anak
Tarikh Lahir
Keadaan Kesihatan Anak













*  Borang pendaftaran hendaklah dihantar sebelum atau pada 22 Muharram 1433H/18.12.2011
    Di Pusat Tarbiyah Raudhotul `Ilmi, Kg. Sg. Seluang atas, 09600 Lunas, Kedah.

*  Pendaftaran Peserta jam 4.00 ptg – Jumaat ( tentatif program akan diedar masa pendaftaran )
 * Sebarang pertanyaan sila hubungi : 019-4642756 @ 04-4841264 (Ust. Yusof b. Salleh )
*  ****  *  ****  *   ****  *
Pengakuan pemohon (Bapa/Ibu/Penjaga)
Saya ______________________________________ mengaku bahawa semua butiran di atas adalah benar.
Pihak penganjur berhak untuk membatalkan penyertaan/pendaftaran anak saya serta-merta sekiranya butiran yang dinyatakan di atas adalah tidak benar atau palsu.

Saya juga bersetuju bahawa saya _______________________________________ tidak akan mendakwa pihak penganjur sekiranya berlaku sebarang kemalangan, kecederaan, kehilangan atau kematian ke atas diri anak saya disebabkan KECUAIAN DIRINYA SENDIRI sepanjang tarikh kem berlangsung.

Saya juga mengaku bahawa keselamatan diri dan harta benda milik anak saya adalah tanggungjawab anak saya sendiri.

Tandatangan Bapa/Ibu/Penjaga:


_______________________________________                                                                                                                                        Nama Penuh :
No. K/P           :
Barang-barang yang mesti dibawa

KEM JATI DIRI MUSLIM 1433H
27-29 MUHARRAM 1433H/23-25 DISEMBER 2011
PUSAT TARBIYAH RAUDHOTUL `ILMI, KG. SG. SELUANG (A), 09600 LUNAS, KEDAH
( Remaja Lelaki/Perempuan Umur 13TH – 17TH )


BIL

JENIS BARANG KEPERLUAN

ADA

TIADA


01.

Alat tulis, buku catitan




02.

Pakaian yang sesuai ( menutup aurat ) cukup untuk 3 hari 2 malam




03.

Pakaian solat lengkap dan kain sajdah  ( baju melayu / kain sarung – bagi lelaki )




04.

Pakaian kawat ( Baju T-Shirt Uniform, Seluar Trek, Kasut But @ Kasut Sarung




05.

Ubat-ubatan peribadi




06.

Barang peribadi ( perempuan )




07.

Pakaian basahan, sabun, berus dan ubat gigi




08.

Alas tidur




09.

Keperluan ikhtiar hidup
( bawang merah 1 biji, bawang besar 1 biji, bawang puteh 1 ulas, beras 1 cawan, garam 3 camca besar, gula 1 cawan )




10.

Pakaian sukan





Khamis, 10 November 2011

khutbah `idul adha


اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي )   اللهُ أَكْبَرُ ( 3  كالي )   اللهُ أَكْبَرُ ( 2  كالي )  اللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا و الحَمْدُ اللهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلا . الحَمْدُ للهِ الَّذِي جَعَلَ يَوْمَ عِيْدِ الأضْحَى أَسْعَدَ الأياَّمِ لنَاَ . وَنَحْمَدُهُ عَلَى مَا أَوْلانَا وَنَشْكُرُهُ عَلَى نِعَمِهِ الَّتِى بِهَا وَالانَا. وَأَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ . أَمَّا بَعْدُ…… فَيَا إِخْوَانِيْ ! اتَّقُوْا اللهَ وَأُوْصِيْكُمْ وَإِيَّايَ بِتَقْوَى اللهِ فَقَدْ فَازَ المُتَّقُوْنَ…..

Firman Allah swt 132 surah al-Baqarah :
   
132. dan Nabi Ibrahim pun berwasiat Dengan ugama itu kepada anak-anaknya, dan (demikian juga) Nabi Yaakub (berwasiat kepada anak-anaknya) katanya: "Wahai anak-anakku! Sesungguhnya Allah telah memilih ugama (Islam) ini menjadi ikutan kamu, maka janganlah kamu mati melainkan kamu Dalam keadaan Islam".

الله أكبر لاإله إلا الله والله أكبر ولله الحمد
Ibu ibu, ayah ayah, anak anak sidang jemaah sekalian,

Kelmarin seluruh jemaah haji dengan penuh khusyuk dan rendah diri berwukuf di Padang `Arafah. Maka pada hari ini 10 Zulhijjah, mereka bersesak-sesak di bumi Mina yang datang dari seluruh pelusuk dunia, dengan pelbagai bahasa yang tidak difahami, namun bersatu lafaz dan nada yang sama mereka menyahut seruan Allah dengan laungan talbiyah

لَبَّيْكَ اللَّهُمَّ لَبَّيْكَ، لَبَّيْكَ لاَ شَرِيْكَ لَكَ لَبَّيْكَ، إِنَّ الْحَمْدَ وَالنِّعْمَةَ لَكَ وَالْمُلْكَ لاَ شَرِيْكَ لَكَ

Di saat ini bertali arus mereka bergerak menuju Jamratul `Aqabah, bagi melaksanakan wajib haji iaitu melontar Jumratul `Aqabah dan bercukur atau bergunting untuk menyempurnakan Tahlul Awwal. Setelah 11 bulan bumi Mina diselubungi sunyi sepi, kini Mina riuh rendah dengan gema talbiyah yang dilaungkan oleh jemaah haji yang belum bertahlul dan gema takbir raya yang dilaungkan oleh jemaah haji yang sudah bertahlul.
Talbiyah dan takbir dilaungkan semata-mata mengharapkan keredhaan dan rahmat pengampunan Allah yang Maha Pemurah lagi Penyayang dan Maha Pengampun.
Di bumi Mina ketika ini;
-          Jemaah haji bersatu suara mengakui betapa hinanya mereka di hadapan kemuliaan Allah
-          Dengan kusut masai dan dengan pakaian yang tidak berhias mereka merasai betapa kecil dan kerdilnya mereka di hadapan kebesaran Allah
-          Mereka membawa diri, meninggalkan keluarga, harta benda, sanak saudara, pergi menyahut seruan Ilahi, melihat tanda-tanda kebesaran Allah
-          Kini, dengan pelbagai pengalaman pahit dan manis yang mereka tempuhi, mereka mengakui hanya Allah yang Maha Besar, yang Maha Berkuasa
-          Kini, mereka mangakui masa sekali tidak akan menyengutukan Allah dengan apa jua sekalipun
-          Kini, mereka yakini dosa mereka diampuni Allah, kerana yakin dengan pesanan nabi saw. Sabda baginda saw yang bermaksud : “di antara dosa yang paling besar ialah manusia yang berwukuf di Padang `Arafah dan menyangka yang Allah tidak mengampuni dosanya”.
Sebab itulah, di saat-saat akhir ketika berwukuf di Padang `Arafah, isteri Rasul saw `Aisyah r.a, memohon kepada Allah dengan katanya : “Ya Allah! Sekiranya masih ada lagi saki baki dosaku yang belum Engkau ampunkan, maka jangan izinkan kakiku melangkah keluar dari bumiMu ini, iaitu `Arafah.

الله أكبر لاإله إلا الله والله أكبر ولله الحمد
Ibu ibu, ayah ayah, anak anak, muslimin muslimat yang di rahmati sekalian,

Alangkah indahnya kehidupan ini, sekiranya kita dapat menterjemahkan ruh dan falsafah masik haji dalam kehidupan kita. Biar di bumi mana yang kita pijak, langit mana yang kita junjung, sesungguhnya dalam perjalanan hidup yang berliku-liku, penuh dengan ujian ini, adalah amat beruntung sekali, sekiranya matlamat hidup dan kerja buat kita adalah semata-mata mencari keredhaan Allah swt.
-          Kita berusaha mencari redha Allah dalam setiap nikmat yang kita kecapi
-          Kita berusaha mencari redha Allah dalam setiap ujian dan bala yang menimpa kita
-          Kita berusaha mencari redha Allah dalam setiap `amalan taat yang kita kerjakan, dan
-          Kita berusaha bertaubat, kembali mencari redha Allah dalam setiap maksiat dan derhaka yang mungkin kita lakukan.

الله أكبر لاإله إلا الله والله أكبر ولله الحمد
Ibu ibu, ayah ayah, anak anak sidang jemaah sekalian,

Dewasa ini, melihat cara orang Melayu berpolitik, cara mengulas isu-isu semasa dan cara bermasyarakat, sesungguhnya amat menakutkan kita;
-          Kita bimbang, umat Islam akan terus diperkotak katikkan, dipermaian-maiankan dan dijadikan kuda tunggangan di bumi sendiri
-          Kita bimbang, umat Islam akan terus hidup dalam sengkita, menghina sesame sendiri, benci-membenci, megah berbalah dalam politik, ekonomi, sosial malah soal hukum hakam yang telah sabit dan jelas ditetapkan Allah. Paling malang lagi ada bangsa Malayu yang dengan redha dan bangga menerima nasihat agama dari orang kafir
-          Kita bimbang, umat Islam akan terus tertipu dengan sedikit nikmat palsu berbentuk istidraj dari Allah
-          Kita bimbang, umat Islam akan menjadi buruh upahan di atas geran tanah milik sendiri, bertuankan kepada pendatang haram (PATI)
-          Kita bimbang, umat Islam akan Allah terus biarkan tanpa rahmat dan pertolongan dari Allah
Kerana apa ? sidang jemaah sekalian.
-          Kerana kita berada terlalu jauh dengan Allah
-          Kerana cara kita menguruskan persoalan hidup tidak mengikut hukum hakam yang ditetapkan oleh Allah, dan sudah tidak lagi mengutamakan manual panduan agama (al-Quran dan as-Sunnah) dalam kehidupan
-          Kerana hati kita sudah mati sebelum jasad kita mati, dimandi, dikafan, disolat dan dikebumikan
-          Kerana doa dan munajat kita, Allah tidak lagi dengar dan makbulkan

الله أكبر لاإله إلا الله والله أكبر ولله الحمد
Ibu ibu, ayah ayah, anak anak sidang jemaah sekalian,

Kerana apa ? hati kita mati dan doa serta munajat kita tidak diterima Allah.
1.      Kita mengaku, kita kenal Allah, tapi kita tidak menunaikan kewajipan sebagai hamba kepadaNya
2.      Kita membaca al-Quran, tetapi kita tidak beramal dengan isi kandungannya
3.      Kita mangaku, syaitan adalah musuh kita, tetapi dengan megah kita sentiasa menyokong dasar-dasar dan kerja-kerja kesyaitanan
4.      Kita mengaku, bahawa kita cintakan rasul saw, tetapi kita tidak pedulikan sunnah baginda saw
5.      Kita mengaku, kita inginkan Syurga, tetapi tidak pula kita beramal untuk menjadi ahlinya
6.      Kita mengaku, kita takut neraka, tetapi kita tidak berhenti dari melakukan dosa
7.      Kita mengaku, mati adalah benar, tetapi kita tidak membuat persiapan menghadapinya
8.      Kita terlalu rakus membuka ke`iban orang lain, sedangkan ke`iban diri sendiri tidak diperdulikan
9.      Kita senang menerima limpahan rezeki Allah, tetapi kita lupa untuk mensyukurinya
10.  Kita mengkebumikan mayat saudara kita yang telah mati, tetapi kita langsung tidak mengambil `itibar dari kematiannya.

الله أكبر لاإله إلا الله والله أكبر ولله الحمد
Ibu ibu, ayah ayah, anak anak, muslimin muslimat yang di rahmati sekalian,

Di pagi hari raya haji yang sarat dengan cerita pengorbanan ini, marilah dengan sesuci hati kita bermuhasabah diri seterusnya cuba membuat trasformasi atau menambah baikakan dalam diri sendiri;
-          Marilah kita nikatkan yakin, kuatkan `azam, untuk sama-sama berkorban apa sahaja, sekadar kemampuan kita demi mendaulatkan syariat dan syiar agama Allah di atas muka bumi ini. Kembalilah kepada ajaran Islam.
-          Uruslah kehidupan kita, sebagai hamba Allah yang yakin bahawa dunia ini ada tuannya iaitu Allah Rabbul `alamin.
-          Yakinlah dengan kuasa dan janji Allah
-          Yakinlah dengan peranan para malaikat
-          Yakinlah dengan kedaulatan kitab Allah
-          Yakinlah dengan kejujuran rasul-rasul Allah
-          Yakinlah dengan akan adanya sesi perbicaraan di mahkamah Mahsar di hari Kiamat
-          Yakinlah kita jadi mulia kerana Islam

Muslimin dan muslimat yang rahmati Allah, apabila Islam sudah tertanggal dari kita, yang terakhir tertanggal kata nabi ialah solat. Maka akan lenyaplah kemuliaan. Benarlah ungkapan saidina Umar al-Khattab r.a : “kita adalah satu kaum yang akan diberi kemuliaan selama mana kita setia ber`amal dengan ajaran Islam dan sesiapa yang membina kemuliaan dengan secara yang tidak diizinkan Islam, Allah akan menimpanya dengan kehinaan demi kehinaan”.

 
126. dan Inilah jalan Tuhanmu (ugama Islam) Yang betul lurus. Sesungguhnya Kami telah menjelaskan ayat-ayat keterangan (Kami) satu persatu, bagi kaum Yang mahu beringat - insaf.

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ