Selasa, 14 Februari 2012

Adab Menaiki Kenderaan


 `Ali bin Rabi`ah meriwayatkan :
شَهِدْتُ عَلِيًّا رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أُتِيَ بِِدَابَّةٍ لِيَرْكَبَهَا فَلَمَّا وَضَعَ رِجْلَهُ فِي الرِّكَابِ قَالَ : بِسْمِ اللَّهِ فَلَمَّ اسْتَوَى عَلَى ظَهْرِهاَ قَالَ : الْحَمْدُ لِلَّهِ. ثُمَّ قَالَ : سُبْحَانَ الَّذِي سَخَّرَ لَنَا هَذَا وَمَا كُنَّا لَهُ مُقْرِنِينَ وَإِنَّا إِلَى رَبِّنَا لَمُنْقَلِبُونَ. ثُمَّ قَالَ : الْحَمْدُ لِلَّهِ ثَلاَثًا, وَاللَّهُ أَكْبَرُ ثَلاَثًا, سُبْحَانَكَ إِنِّي قَدْ ظَلَمْتُ نَفْسِي فَاغْفِرْ لِي لاَ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلاَّ أَنْتَ. ثُمَّ ضَحِكَ.فَقُلْتُ : مِنْ أَيِّ شَيْءٍ ضَحِكْتَ يَا أَمِيْرَ الْمُؤْمِنِينَ ؟ قَالَ : رَأَيْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ صَنَعَ كَمَا صَنَعْتُ, ثُمَّ ضَحِكَ. فَقُلْتُ : مِنْ أَيِّ شَيْءٍ ضَحِكْتَ يَا رَسُولَ اللَّهِ ؟ قَالَ : إِنَّ رَبَّكَ لَيَعْجَبُ مِنْ عَبْدِهِ إِذَا قَالَ : رَبِّ اغْفِرْلِي ذُنُوبِي,يَعْلَمُ أَنَّهُ لاَ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ أَحَدٌ غَيْرِي.
Maksudnya : Saya melihat seekor binatang diberikan kepada Ali untuk dia kenderai. Ketika menginjakkan kakinya dipelana, dia membaca basmalah. Setelah tegak di atas belakang binatang tungangannya, dia membaca Alhamdulillah. Lalu ia membaca, maksudnya : Mahasuci Allah yang telah menundukkan semua ini bagi kami, padahal kami sebelumnya tidak mampu menguasainya, dan sesungguhnya kami akan kembali kepada Tuhan kami. Setelah itu, ia membaca hamdalah 3X, takbir 3X. Kemudian berdoa, maksudnya: Mahasuci Engkau, sesungguhnya aku telah berbuat  zalim kepada diriku sendiri. Maka ampunilah aku, kerana hanya Engkau yang dapat mengampuni dosa-dosa. Lalu ia tersenyum. Saya bertanya kepadanya, mengapa engakau tersenyum, wahai Amirul Mu`minin? Ia menjawab, aku melihat Rasulullah saw melakukan apa yang kulakukan tadi, lalu baginda saw tersenyum. Maka aku bertanya kepada baginda, mengapa engkau tersenyum, wahai Rasullullah saw? Baginda bersabda ; sesungguhnya Tuhanku takjub kepada hambaNya yang berkata, wahai Tuhanku! Ampunilah dosa-dosaku, sedangkan ia menyedari bahawa hanya Allah yang dapat mengampuni dosa-dosa.
 (Riwayat Tirmizi, Abu Dawud dan Ahmad)


DOA MENAIKI KENDERAAN

بِسْمِ اللَّهِ , الْحَمْدُ لِلَّهِ , سُبْحَانَ الَّذِي سَخَّرَ لَنَا هَذَا وَمَا كُنَّا لَهُ مُقْرِنِينَ وَإِنَّا إِلَى رَبِّنَا لَمُنْقَلِبُونَ , الْحَمْدُ لِلَّهِ ... الْحَمْدُ لِلَّهِ ... الْحَمْدُ لِلَّهِ ...       اللَّهُ أَكْبَرُ ... اللَّهُ أَكْبَرُ ... اللَّهُ أَكْبَرُ , سُبْحَانَكَ إِنِّي قَدْ ظَلَمْتُ نَفْسِي فَاغْفِرْ لِي لاَ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلاَّ أَنْتَ. kemudian senyum

Tiada ulasan:

Catat Ulasan