Rabu, 26 Januari 2011

Borang penyertaan

Borang Pendaftaran
DISKUSI REMAJA ISLAM TAHUN 2011
Kitab : Apa ertinya saya menganut Islam?

(Terbuka kepada semua remaja berumur 13th  hingga 18th)

Tempat                               : Raudhotul `Ilmi, Kg. Sg. Seluang (atas), 09600 Lunas Kedah
                                                 (bersebelahan Kubur Sg. Seluang)
Tarikh Program             : 12 Rabiul Awal 1423H / 15 Feb. 2011
Masa                                    : 08.30 pg – 04.30 ptg

* Tarikh akhir serah boring pada atau sebelum 13/02/2011 (Ahad) 
Pendaftaran jam 8.00 pg
Yuran Pendaftaran RM15.00 seorang ( termasuk kitab dan makan minum )                                                           Sebarang pertanyaan sila hubungi : 019-4642756 @ 012-4964346 (Ust. Yusof b. Salleh)

Pastikan maklumat yang diisi lengkap dan tepat dengan huruf besar.
Nama Bapa/ Ibu/Penjaga          :______________________________________________________________________
Alamat Rumah                : _______________________________________________________________________________________
                                 _____________________________________________________________________________________
No. Telefon       : ____________________________  E-mail  : ________________________________________________
Nama Anak Yang Ingin Didaftar :
Bil
Nama Anak
Tarikh Lahir
Keadaan Kesihatan Anak

*  *  *
Pengakuan pemohon (Bapa/Ibu/Penjaga)
Saya ______________________________________ mengaku bahawa semua butiran di atas adalah benar.
Pihak penganjur berhak untuk membatalkan penyertaan/pendaftaran anak saya serta-merta sekiranya butiran yang dinyatakan di atas adalah tidak benar atau palsu.

Saya juga bersetuju bahawa saya _______________________________________ tidak akan mendakwa pihak penganjur sekiranya berlaku sebarang kemalangan, kecederaan, kehilangan atau kematian ke atas diri anak saya disebabkan KECUAIAN DIRINYA SENDIRI sepanjang tarikh kem berlangsung.

Untuk Kegunaan Pejabat :
Yuran Pendaftaran : RM
Nama Penerima      :
Tarikh                          :

Saya juga mengaku bahawa keselamatan diri dan harta benda milik anak saya adalah tanggungjawab anak saya sendiri.

Tandatangan Bapa/Ibu/Penjaga:

_______________________________________                                                                                                                                        Nama Penuh :
No. K/P           :

Khamis, 20 Januari 2011

Kisah Si Kecil Ita...

Kisah Si Kecil Ita...

Suatu hari dia terjumpa sebatang paku karat. Dia pun melakar simen tempat letak kereta ayahnya tetapi kerana diperbuat daripada marmar,lakaran tidak kelihatan. Dicubanya pada kereta baru ayahnya. Ya....kerana kereta itu bewarna gelap, lakarannya jelas. Apa lagi kanak-kanak ini pun melakarlah melahirkan kreativitinya. Hari itu bapa dan ibunya bermotosikal ke tempat kerja kerana laluannya sesak sempena perayaan Thaipusam.

Penuh sebelah kanan dia beredar ke sebelah kiri kereta. Dilakarnya gambar ibu dan ayahnya, gambarnya sendiri, lukisan ayam, kucing dan sebagainya mengikut imaginasinya. Kejadian itu langsung tak disedari si pembantu rumah.

Pulang petang itu, terkejut besar pasangan itu melihat kereta yang baru setahun dibeli dengan bayaran ansuran yang belum habis berbayar, berbatik-batik.

Si bapa yang belum pun masuk ke rumah terus menjerit, 'Siapa punya kerja ni?' Pembantu rumah yang tersentak dengan jeritan itu berlari keluar. Dia juga beristighfar. .Mukanya merah padam ketakutan tambah-tambah melihat wajah bengis tuannya.

Sekali lagi diajukan pertanyaan keras kepadanya, dia terus mengatakan 'Tak tahu... !''Saya tak tahu Tuan..!

''Duduk di rumah sepanjang hari tak tahu, apa kau buat?' herdik siisteri lagi.

Bila anak yang mendengar suara ayahnya, tiba-tiba berlari keluar dari bilik. Dengan penuh manja dia berkata 'Ita buat ayahhh.. cantik kan !' katanya menerkam ayahnya ingin bermanja seperti selalu.

Dengan kasih murni seorang anak yang belum memahami apa-apa, menarik lembut poket seluar abahnya, manja.

Si ayah yang hilang sabar merentap ranting kecil pokok bunga raya didepannya, terus dipukul bertalu-talu tapak tangan anaknya. Si anak yang tak mengerti apa-apa terlolong-lolong kesakitan sekaligus ketakutan.

Puas memukul tapak tangan, si ayah memukul pula belakang tangan anaknya. Si ibu cuma mendiamkan diri, mungkin setuju dan berasa puas dengan hukuman yang dikenakan.Pembantu rumah melopong, tak tahu nak buat apa-apa, sungguh kesian dan teramat sedih, namun dia sangat takut .

Si bapa cukup rakus memukul-mukul tangan kanan dan kemudian tangan kiri anaknya. Selepas merasa puas, si bapa masuk ke rumah dituruti si ibu. Pembantu rumah segera memeluk dengan penuh sayang dan duka, cepat-cepat menggendong anak kecil itu, membawanya ke bilik.

Dilihatnya tapak tangan dan belakang tangan si anak kecil calar balar.Menangis teresak-esak keduanya, dalam bilik.Pembantu rumah memandikan anak kecil itu. Sambil menyiram air sambil dia menangis. Anak kecil itu pula terjerit-jerit menahan kepedihan sebaik calar-balar itu terkena air.

Si pembantu rumah kemudian menidurkan anak kecil itu. Si bapa sengaja membiarkan anak itu tidur bersama pembantu rumah.

Keesokkan harinya, kedua-dua belah tangan si anakbengkak. Pembantu rumah mengadu. 'Sapukan minyak gamat tu!' balas tuannya, bapa si anak.

Pulang dari kerja, dia tidak melayan anak kecil itu yang menghabiskan masa di bilik pembantu. Si bapa konon mahu mengajar anaknya.

Tiga hari berlalu, si ayah langsung tidak menjenguk anaknya sementara si ibu juga begitu tetapi setiap hari bertanya kepada pembantu rumah. 'Ita demam... ' jawap pembantunya ringkas. 'Bagi minum panadol tu,' balas si ibu.

Sebelum si ibu masuk bilik tidur dia menjenguk bilik pembantunya. Apabila dilihat anaknya ita dalam pelukan pembantu rumah, dia menutup semula pintu.

Masuk hari keempat, pembantu rumah memberitahu tuannya bahawa suhu badan Ita terlalu panas. 'Petang nanti kita bawa ke klinik. Pukul 5.00 siap' kata majikannya itu.

Sampai waktunya si anak yang longlai dibawa ke klinik. Doktor mengarahnya ia dirujuk ke hospital kerana keadaannya serius. Setelah seminggu di wad pediatrik doktor memanggil bapa dan ibu kanak-kanak itu.

'Tiada pilihan..' katanya yang mencadangkan agar kedua-dua tangan kanak-kanak itu dipotong kerana jangkitan yang sudah menjadi gangren sudah terlalu teruk.

'Ia sudah bernanah, demi nyawanya tangan perlu dipotong dari siku ke bawah' kata doktor. Si bapa dan ibu bagaikan terkena halilintar mendengar kata-kata itu. Terasa dirinya tunggang terbalik, tapi apalah dapat dikatakan.

Si ibu meraung merangkul si anak. Dengan berat hati dan lelehan air mata isterinya, si bapa terketar-ketar menandatangani surat kebenaran pembedahan.

Keluar dari bilik pembedahan, selepas ubat bius yang dikenakanhabis, si anak menangis kesakitan. Dia juga terpinga-pinga, melihatkedua- dua tangannya berbalut putih.

Direnung muka ayah dan ibunya. Kemudian ke wajah pembantu rumah.Dia mengerutkan dahi melihat mereka semua menangis. Dalam seksaan menahan sakit, si anak yang keletah bersuara dalam linangan air mata...

'Abah.. Mama... Ita tak buat lagi. Ita tak mau ayah pukul. Ita tak mau jahat. Ita sayang abah.. sayang mama.' katanya berulang kali membuatkan si ibu gagal menahan rasa.

'Ita juga sayang Kak Narti..' katanya memandang wajah pembantu rumah, sekaligus membuatkan gadis dari Surabaya itu meraung seperti histeria.

Tidak seorang pun yang melihat suasana itu tidak menangis.... 'Abah.. bagilah balik tangan Ita. Buat apa ambil.. Ita janji tak buat lagi! Ita nak makan, macam mana? Nak main macam mana? Ita janji tak conteng kereta lagi,' katanya bertalu-talu.

Bagaikan gugur jantung si ibu mendengar kata-kata anaknya. Meraunglah dia sekuat hati namun takdir yang sudah terjadi, tiada manusia dapat menahannya..

"Didiklah dan pukullah anak anda dengan penuh kasih sayang, bukan untuk lepaskan geram & marah anda...." (,")(",

Hati kita milik siapa?

Dicatat oleh Ibnufathani di 10:59 AM Thursday, November 18, 2010 Label: kongsi ilmu , muhasabah , Tazkirah
Sumber : Abu Umar

Pernahkah kita rasa terlalu sedih lalu kita tersedar segala kesedihan itu bukan kerana Allah SWT. Kita bersedih bukan kerana kita makin jauh dari Nya atau kita merasakan dosa-dosa kita terlalu banyak untuk kita meraih cinta Nya.

Pernahkan kita rasa terlalu marah hingga air muka kita berubah; tiada lagi senyuman, jiwa kita terasa menggelak lalu lidah kita mengeluarkan kata-kata yang tidak disukai oleh Allah SWT. Adakah ketika itu marah kita kerana Allah SWT; kita marah kerana Allah dipandang rendah atau mungkin kerana Islam dipandang hina dan sebagainya.

Mungkin tidak selalu kita tanyakan soalan-soalan begini pada diri kita. Dibulan dan saat yang mulia ini, marilah kita tanyakan soalan-soalan tadi pada diri kita supaya kita tahu hati kita ini milik siapa. Tangisan dan tawa kita untuk siapa? Marah dan dendam kita milik siapa?

Marilah kita mencari pemilik hati ini agar disaat kita kembali kepada Allah SWT nanti kita tidak menangis kecewa kerana kita baru tersedar, rupa-rupanya hati yang berada di dalam jiwa kita ini, hati yang selalu kita kisahkan hingga kadang-kadang kita tidak lena tidur dan thilang selera makan serta hati yang kita belai, kita pupuk dan kita sayangi ini sebenarnya bukan milik Allah SWT.

Saya teringatkan kata-kata murabbi saya “ketika kita melihat begitu ramai manusia di Pudu Raya, cuba kita tanyakan pada diri kita, rasa-rasanya ada berapa ramai yang dihati mereka ada Allah.” Mungkin kita boleh ubahsuai soalan ini untuk diri kita; Ketika kita sibuk menguruskan kehidupan kita, ketika kita sibuk dengan urusan belajar atau kerja kita, berapa minitkah hati kita benar-benar merasai kehadiran Allah SWT. Bahkan kalau disemak-semak, mungkin ketika solahpun kita tidak benar-benar ingatkan Allah SWT.

Ada satu penyataannya yang membuatkan saya menangis “Cuba kita bayangkan, apabila kita bertakbir untuk solah lalu Allahpun memandang kita dengan pandangan rahmatnya. Allah memandang pada hati kita dengan penuh kasih sayang tetapi kita memalingkan hati kita ke arah lain.” Bukankah ini yang sering berlaku, ketika solatpun kita tidak mampu benar-benar menghadapkan wajah kita pada Dia yang menjadikan langit dan bumi apatah lagi ketika kita sibuk dengan urusan kehidupan kita.

Baru baru ini, ketika diawal Ramadhan saya mengajak pelajar-pelajar saya “Marilah kita tinggalkan segala kata-kata dusta kerana Allah tidak harapkan kita berpuasa sekiranya kita masih lagi berdusta. Marilah kita berkata benar pada diri kita. Bukankah selama ini kita banyak berdusta pada diri kita. Kita berikrar setiap kali kita selesai takbiratul ihram ‘Aku menghadapkan wajahku kepada Dia yang menjadikan langit dan bumi, dengan suci hati dan penuh ketundukan’ tetapi hati sedang tertumpu kepada selain Allah SWT. Allah memandang kearah kita ketika mendengar panggilan kita tetapi kita yang sombong lalu memalingkan hati kita ke arah lain. Tidak takutkah kita dengan teguran Allah SWT diawal surah Al Baqarah; “Dan diantara manusia ada yang mengatakan bahawa kami beriman kepada Allah dan hari Akhirat, dan (padahal) bukanlah mereka itu orang-orang yang beriman. Mereka cuba menipu Allah dan orang-orang beriman padahal tidaklah mereka menipu melainkan diri mereka sendiri tetapi mereka tidak terasa” Bukankah ayat ini menggambarkan golongan Munafiq.? Jadi berapa lama lagi kita nak menipu Allah SWT dan menipu diri kita sendiri?”

Keaiban Yang Ditutup Allah

Keaiban Yang Ditutup Allah

Kita merupakan makhluk yang bersifat lemah dan hamba yang penuh dengan kebergantungan kepada Allah. Sepanjang kita hidup saban hari, kita tak mungkin terlepas daripada melakukan dosa. Dosa yang kita lakukan itu boleh jadi secara terang-terangan atau sembunyi-sembunyi. Dosa yang terang-terangan akan mengundang rasa malu kepada orang lain, melainkan jika hati kita sudah sekeras batu. Oleh itu, kita lebih banyak melakukan dosa yang sembunyi-sembunyi. Dosa yang tak siapa tahu melainkan kita, dan Allah.
Dari An Nawas bin Sam’an RA, dari Nabi SAW, baginda bersabda: “Kebajikan itu keluhuran akhlak sedangkan dosa adalah apa-apa yang dirimu merasa ragu-ragu dan kamu tidak suka jika orang lain mengetahuinya.” (HR Muslim)
Kalau dibukakan segala dosa yang kita lakukan, tentu takkan ada siapa yang akan menghormati kita. Kalau Allah membukakan segala dosa yang kita lakukan sembunyi-sembunyi baik dalam pandangan, pendengaran, perbuatan, ataupun lintasan hati, nescaya takkan adapun manusia yang mahu memuji kita. Pujian yang manusia berikan adalah atas zahir yang terlihat mata. Namun, kita tentu lebih mengenali diri sendiri dan lebih tahu bagaimana status kita.
Apakah kita itu sangat suci sehingga tak pernah melakukan dosa di belakang manusia atau kita ini penuh dengan dosa rahsia? Misalnya di saat kita seorang diri melayari internet dan tak ada mata lain yang melihat, apakah kita sampai melepasi batas penglihatan yang diizinkan Allah? Bagaimana dengan prasangka buruk dalam hati kita yang telah dilemparkan kepada sekian banyak manusia lain tanpa pengetahuan mereka? Bagaimana pula dengan perbuatan-perbuatan kita tatkala berseorangan?  Astaghfirullahalaziim. Banyak sangat dosa kita!
Firman Allah:
“…dan janganlah kamu mendekati perbuatan-perbuatan yang keji, baik yang nampak di antaranya maupun yang tersembunyi…” (Al-An’a,: Ayat 151)
Allah begitu penyayang dan Dia tahu betapa lemahnya kita. Lalu dia menutup keaiban-keaiban kita sehingga kita mampu berjalan di tengah-tengah manusia tanpa rasa malu, sekalipun kita telah melakukan segunung dosa di belakang mereka. Namun, adalah sesuatu yang sangat takabbur jika dengan Allah pun kita tak rasa malu. Bukankah Allah mengetahui apa yang tak diketahui oleh manusia lain tentang diri kita? Maka, setiap kali kita ingin melakukan dosa di belakang manusia, ingatlah bahawa ada Allah yang lebih patut kita rasa malu kepada-Nya berbanding manusia.
Mengapa? Kerana di akhirat kelak bukan manusia yang akan menghitung amal-amal kita. Allah yang paling tahu tentang diri kita dan Dia jugalah yang akan menghitung amal-amal kita. Hanya dengan Rahmat-Nya kita akan dimasukkan ke dalam syurga. Kalau kita merasakan tutupan Allah atas keaiban kita itu adalah satu zon selesa, maka kita silap. Boleh jadi keaiban yang Allah tutup sementara atas muka bumi ini akan dibukakan kepada seluruh Umat manusia di akhirat kelak jika kita tak benar-benar bertaubat kepada-Nya.
Kadang-kadang kita suka mencanangkan dosa orang lain, sekalipun dosa tersebut tidak diceritakannya kepada orang lain, hanya kepada kita. Perbuatan itu mencari nahas namanya. Ingatlah akan sebuah hadith:
Daripada Abu Hurairah r.a. berkata: “…dan sesiapa yang menutup keaiban seorang muslim maka Allah ta’ala akan menutup keaibannya di dunia dan di akhirat. Dan Allah ta’ala akan sentiasa menolong seorang hamba selama ia menolong saudaranya…” (HR Muslim)
Hadith ini menyeru kita untuk memelihara keaiban orang lain. Sebagai timbal balik, Allah akan menutup keaiban kita di dunia dan di akhirat. Subhanallah! Masihkah kita berhajat untuk mencanangkan dosa orang lain sehingga Allah juga akan membuka keaiban kita nanti? Malulah kepada Allah, takutlah kepada ancaman Allah. Jika kita hanya malu kepada manusia, kita takkan malu berbuat dosa di belakang mereka. Namun jika kita malu kepada Allah, kita akan sentiasa memelihara diri daripada dosa, dalam terang-terangan atau sembunyi-sembunyi.
Waspadalah akan firman Allah:
“Sesungguhnya orang-orang yang ingin agar (berita) perbuatan yang amat keji itu tersiar di kalangan orang-orang yang beriman, bagi mereka azab yang pedih di dunia dan di akhirat. Dan Allah mengetahui, sedang, kamu tidak mengetahui.” (An-Nuur: Ayat 19)
Apabila Allah telah menutup keaiban kita, janganlah pula kita yang membukakannya. Setelah selesai dosa sembunyi-sembunyi kita, janganlah diterang-terangkan kepada orang lain. Renunglah sebuah hadith:
Diriwayatkan dari Abu Hurairah RA ia berkata, “Aku pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Seluruh umatku akan diampuni dosa-dosa kecuali orang-orang yang terang-terangan (berbuat dosa). Di antara orang-orang yang terang-terangan berbuat dosa adalah seseorang yang pada waktu malam berbuat dosa, kemudian di waktu pagi ia menceritakan kepada manusia dosa yang dia lakukan semalam, padahal Allah telah menutupi aibnya. Ia berkata, “Wahai fulan, semalam aku berbuat ini dan itu”. Sebenarnya pada waktu malam Tuhannya telah menutupi perbuatannya itu, tetapi justru pagi harinya ia membuka aibnya sendiri yang telah ditutupi oleh Allah.” (Muttafaqun ‘alaih HR Bukhari dan Muslim).
Sungguh, Allah sentiasa menginginkan kebaikan bagi kita. Allah sentiasa membuka peluang dan ruang bagi kita untuk kembali bertaubat atas dosa yang kita lakukan di sebalik tabir. Namun, kita yang sebenarnya tak mengambil peluang dan tak menghargai tutupan-tutupan aib kita oleh Allah tersebut. Setelah apa yang Allah tutup daripada sekian banyak keaiban kita, apakah tidak wajar untuk kita bersyukur dan bertaubat?