Sabtu, 6 Ogos 2011

Doa Solat Tahajut


DOA SOLAT TAHAJUT

Dari Ibnu Abbas r.a : Sesungguhnya Nabi saw apabila bangun mengerjakan solat tahajud di malam hari, baginda saw berdoa :

اَللَّـــهُمَّ لَكَ الْحَـــمْدُ اَنْتَ قَيِّمُ السَّــــموَاتِ وَالْاَرْضِ وَمَنْ فِيْهِنَّ وَلَكَ الْحَــــــمْدُ لَكَ مُلْكُ السَّـــــــموَاتِ وَالْاَرْضِ وَمَنْ فِيْهِنَّ وَلَكَ الْحَـــــمْدُ اَنْتَ نُوْرُ السَّـــــــموَاتِ وَالْاَرْضِ وَمَنْ فِيْهِنَّ وَلَكَ الْحَــــمْدُ اَنْتَ الْحَقُّ وَوَعْدُكَ الْحَقُّ وَلِقَاؤُكَ حَقٌّ وَقَوْلُكَ حَقٌّ وَالْجَنَّةُ حَقٌّ وَالنَّارُ حَقٌّ وَمُحَمَّدٌ صَلَى اللهُ عَلَيْهِ وَسَــــــلَّمَ حَقٌّ وَالسَّــــاعَةُ حَقٌّ. اَللَّهُمَّ لَكَ اَسْــــــلَمْتُ وَبِكَ أمَنْتُ وَعَلَيْكَ تَوَكَّلْتُ وَاِلَيْكَ اَنَبْتُ وَبِكَ خَاصَمْتُ وَاِلَيْكَ حَاكَمْتُ فَاغْفِرْ لِى مَا قَدَّمْتُ وَمَا اَخَّرْتُ وَمَا اَسْــــرَرْتُ وَمَا اَعْلَنْتُ اَنْتَ الْمُقَدِّمُ وَاَنْتَ الْمُؤَخِّرُ لَآ اِلهَ اِلَّا اَنْتَ وَلَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ اِلَّا بِاللهِ.

“Ya Allah, bagiMu segala puji. Engkau Pencipta langit dan bumi serta apa yang ada padaNya. Dan bagiMu segala puji, bagiMu kerajaan langit dan bumi serta apa yang ada padanya. BagiMu segala puji, Engkau yang menyinari langit dan bumi serta segala isinya. BagiMu segala puji, Engkau yang Maha Besar, JanjiMu benar, bertemu denganMu benar, firmanMu benar, adanya syurga benar, adanya neraka benar, Nabi Muhammad saw benar, dan hari kiamat benar. Ya Allah kepadaMu aku berserah diri, kepadaMu aku beriman, kepadaMu aku bertawakkal dan kepadaMu aku kembali. Dengan izinMu aku menentang musuhMu kepadaMu aku minta keputusan. Maka ampunilah dosaku yang telah kulakukan, yang akan datang, yang kurahsiakan, dan dosa yang kulakukan secara terang-terangan. Engkaulah Yang Maha Awal dan Yang Maha Akhir tiada tuhan kecuali Enagkau. dalam riwayat lain Dan tiada daya dan tiada upaya kecuali dengan izin Allah”.

- Riwayat Bukhari dan Muslim -

*******************
SUMBANGAN IKHLAS / WAKAF / ZAKAT
dialu-alukan untuk pembangunan
dan program-program dakwah di Pusat Tarbiah Raudhotul ‘Ilmi
Kg. Sg. Seluang (atas ) 09600 Lunas Kedah.
Akaun Bank Rakyat : 22-035-125070-9
Keterangan lanjut sila hubungi : YUSOF BIN SALLEH No. H/P : 019-4642756 @ http//:ybs76.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan