Susunan : Us. Yusof bin Salleh
GPI SMK Mahang
Al-Fatihah adalah satu rukun dalam solat, apabila cacat bacaannya maka rosaklah solat. Oleh itu perbaikilah bacaannya dengan ilmu tajwid. Bukan setakat bacaannya saja rosak malah terkadang kita menyeru nama syaitan di dalam solat kita, sekiranya kita tidak berhati-hati. Berikut adalah nama-nama syaitan terlaknat yang wujud ketika tarsasar bacaannya didalam al-Fatihah,.
Nama-nama syaitan pada ejaan berhuruf besar;
1. DU LI LAH (bila dibaca tiada sabdu) sepatutnya dulillah
2. HIR ROB (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya hi rob
3. KIYYAU (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya ki yau
4. KANNAK (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya ka nak
5. KANNAS (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya ka nas
6. MUSTAKIIM (bila dibaca dengan kaaf) sepatutnya mustaqiim
Kesalahan yang kurang diberi perhatian ialah pada ayat ke 5, jika salah bacaannya akan bermaksud "kepada mataharilah yang kami sembah dan kepada matahari kami meminta pertolongan"!!!!.... Iya (disebut tanpa sabdu) sepatutnya Iyya (dibaca dengan sabdu). Iya bermaksud 'matahari'.
AMIN setelah selesai al-Fatihah hendaklah dengan betul iaitu AA...dua harakat, MIN.... ikut harakat pada mad aridhlissukun, semoga Amin kita bersamaan dengan Amin malaikat Insya-Allah.
Ada tiga cara membaca al-Fatihah berdasarkan pendapat ulamak tajwid iaitu:
1. Rasulullah saw membaca ayat demi ayat sebanyak tujuh ayat yakni baginda berhenti pada setiap hujung ayat.
2. Bacaan al-Fatihah menurut ulama Kufah iaitu membahagikan kepada empat bahagian yakni dengan membaca ayat satu yang dipanggil ayat mukadimah, manakala ayat dua disambung dengan ayat tiga dan empat dan dinamakan ayat puji-pujian. Ayat lima yang dinamakan pengakuan/ikrar dibaca tanpa disambung dengan ayat terdahulu dan selepasnya manakala ayat enam dan tujuh disambung dan ia dinamakan ayat permohonan/doa.
3. Bacaan al-Fatihah menurut ulama Basrah, iaitu membahagikan al-Fatihah kepada tiga bahagian iaitu ayat satu, dua, tiga dan empat disambung dengan digolongkan sebagai ayat-ayat puji-pujian; ayat lima yang dinamakan ayat pengakuan/ikrar tidak disambung, ayat enam dan tujuh yang dinamakan ayat permohonan/doa pula dibaca bersambung.
Jika dilihat pada cara membaca al-Fatihah oleh ulama Kufah dan Basrah, kedua-dua adalah serupa yakni ayat kelima tidak dibaca bersambung dengan ayat sebelumnya atau disambung dengan ayat selepasnya walaupun ayat-ayat lain disambung.
Hal-hal begini walaupun nampak kecil tetapi ia perlu diberi perhatian serius kerana al-Fatihah adalah bacaan rukun dalam sembahyang. Tanpa al-Fatihah sembahyang tidak sah. Ertinya makmum yang was-was dengan cara bacaan al-Fatihah imam hafiz perlu memerhatikan cara penyambungan ayat-ayat al-Fatihah dibuat. Kalau dibaca ayat demi ayat tanpa sambung menyambung, ia menandakan dibaca cara bacaan Rasulullah saw. Yang jelas, membaca al-Fatihah cara Rasulullah saw adalah lebih afdal. Pun begitu perlu ditegaskan bahawa bacaan al-Fatihah secara rangkum dari awal hingga akhir oleh imam tidak sampai membatalkan sembahyang dan makmum tidak perlu melakukan mufarakah daripada berimamkan imam yang berbuat demikian.
Ketika membaca fatihah, kita digalakkan membaca secara wakaf satu ayat satu ayat. Ertinya 7 kali wakaf atau berhenti kerana Nabi membacanya secara wakaf. Tetapi masalahnya, ketika membaca ramai yang merasakan dia membaca secara wakaf tetapi, sebenarnya dia membaca secara sakhtah, iaitu berhenti tanpa mengambil nafas yang baru untuk memulakan ayat yang baru, maka tidaklah sah bacaannya dan tidak sah solatnya.
Oleh itu, kita kena faham maksud bacaan secara wakaf. Apabila kita hendak membaca maka kita ambil nafas dan kita terus membacanya .
Contohnya begini.
1.[Ambil Nafas] dan baca Bismillaahirrahmaanirra hiiiiiimm.(1) wakaf .[baki nafas dibuangkan]
2.[Ambil Nafas baru ] dan baca alhamdulillaahi rabbil 'aalamiiiiiin.(2) wakaf .[baki nafas dibuangkan]
3.[Ambil Nafas baru ] dan baca Arrahmaanirrahiiiiiimm.(3) wakaf .[baki nafas dibuangkan]
4.[Ambil Nafas baru ] dan baca Maalikiyau middhiiiiiinn.(4) wakaf .[baki nafas dibuangkan]
5.[Ambil Nafas baru ] dan baca Iyyaakana'budu wa iyyaakanasta'iiiiiinn.(5) wakaf .[baki nafas dibuangkan]
6.[Ambil Nafas baru ] dan baca Ihdinaoshirataol mustaqiiiiiimm.(6) wakaf .[baki nafas dibuangkan]
7.[Ambil Nafas baru ] dan baca Siratoallazi na an'amta'alaihim 'airil maghdho bi'alaihim waladhoaaaaaliiiiiinn.(7) wakaf .[baki nafas dibuang)
Oleh yang demikian, jika kita baca tanpa wakaf dan membuang sisa baki udara yang ada dan menyambungnya tanpa kaedah washol maka bacaan kita salah .
Bagaimana cara nak washol , di sini dikongsi satu kaedah wasol dan wakaf iaitu berhenti pada akhir ayat .
Kaedah Washol Dan Wakaf Pada Surah al-Fatihah
1. [Ambil Nafas] dan baca Bismillaahirrahmaanirra hiiiiiimm (1) wakaf (wakaf tam). [baki nafas dibuangkan] akhir ayat 1.
2.[Ambil Nafas] dan Baca alhamdulillaahirabbil'aalamiiNARrahmaanirrahiiMIMAalikiyaumiddhiiiiiinn. Wakaf (wakaf tam). [baki nafas dibuangkan) a.yat 2+3+4 akhir ayat 4.
3. [Ambil Nafas baru ] dan baca Iyyaakana'budu wa iyyaakanasta'iiiiiinn(5) wakaf (wakaf tam). [baki nafas dibuangkan] akhir ayat 5.
4. [Ambil Nafas baru ] dan baca Ihdinaoshirataol mustaqiiMASIratoallazi na an'amta'alaihim ghairil maghdho bi'alaihim waladhoaaaaaliiiiiinn.(7) ayat 6+7 wakaf (wakaf tam).[baki nafas dibuangkan] akhir ayat 7.
Hukum Tajwid Dalam Surah al-Fatihah
1. Mempunyai 141 huruf, 14 tashdid
2. Izhar 9 tempat
3. Mad Asli 12 tempat
4. Mad Aridhlissukun 7 tempat
5. Mad Lazim Kalimi Musakkal 1 tempat
6. Wakaf 23 termasuk wakaf qabih ( wakaf tam 4, wakaf jaiz 6, dan wakaf qabih 13 )
Rujukan :
1.Manarul Huda
2.Haqqul Tilawah
Assalamualaikum wbt...Ustaz...sekiranya tidak keberatan dan ada kelapangan, sgt baik jika ust buat huraian detail tentang lafaz azan dan takbir intiqalat dlm solat krn pd hemat sy ust memiliki ilmu dan penglaman yg sgt luas dlm ilmu Tajwid. Sepertimana telah tercatat dlm kitab Haqqut Tilawah bhw bcaan pd lafaz azan dan takbir intiqalat tak blh dipanjangkan lbh dari kadar mad asli iaitu 2 harakat. Manakala menurut kitab hadis Subulus Salam (سبل السلام) bhw stiap bcaan pd Lafzhul Jalalah yg melebihi 2 harakat adalah disifatkan sebagai seburuk2 bid'ah kecuali pd hujung ayat iaitu bila ia jd mad aridh lissukun. Semua ibadat dlm bentuk bacaan hendaklah bertajwid sepertimana tajwid pd Al Quran krn Al Quran mesti dijadikan ikutan dlm segala hal. Wlpn dlm bab bacaan ada bbrp percanggahan dgn ilmu Fiqh yg dijelaskan dlm kitab2 Fiqh, namun tidak pula diperkukuhkan dgn nas2 Qath'ie (قطعى). Dgn sedikit pengetahuan yg ada iaitu yg dipinjamkan oleh Allah pd sy yg jahil ini, setakat ni sy dah cuba perlahan2 dgn m'gunakan pelbagai cara utk merubah persepsi saudara2 Islam khususnya di negara kita mengenai kekeliruan ini. Mudah mudahan dpt membuka minda kita serta saudara2 kita semua dgn tujuan agar Allah sentiasa mengangkat amal ibadah kita sbg amal ibadah yg sempurna. Dgn rendah hati sy berharap sudilah kiranya ust mengongsi di sini ilmu2 ust utk manfaat kita semua dlm proses mendalami ilmu2 berunsur keagamaan. Sy mohon ampun maaf sekiranya ada mana2 perkataan sy yg tak disenangi. Sy beri ruang setiap masa utk menerima segala pembetulan, teguran, kritikan dan sebagainya dgn berlapang dada. Semoga Allah SWT sentiasa kurniakan rahmatNya pd ust dan pd kita semua. Sekian.
BalasPadamkita baca fatihah ayat 7 ,,,siratolladzi naan am,,,,sampai disini tak cukup nafas kita pon sedut nafas lagi tapi tak berhenti adakah bacaan kita putus muwalah.
BalasPadamAkakah batal mualaf
Padamadakah batal muwalah kita
BalasPadamMaaf bertanya ust apakah bacaan selanjutnya yang disunatkan dibaca selepas membaca surah al-fatihah
BalasPadamMaaf bertanya ust apakah bacaan selanjutnya yang disunatkan dibaca selepas membaca surah al-fatihah
BalasPadam